Followers

Saturday, 26 December 2015

Tips atasi masalah suka tangguh kerja/procractination

Assalamualaikum!

Bagaikan scene romantis drama tempatan  yang bersiaran setiap 7 malam, masalah suka bertangguh tidak pernah sedetik pun berniat untuk tinggalkan diri ini.Ya, ikatan yang sangat intim. Namun hubungan terlarang ini mendapat tentangan dari orang tua kami.Aku percaya cinta tanpa restu keluarga tidak akan kemana-mana. 

Mr. Procrastination: Are you breaking up with me?!p/s: ,En. Suka Tangguh from England.

Aku: Yes!

Mr.Procrastination: Why, apa salah cheq??p/s: can speak malay also.

Aku: It's not you,it's me!

Kini segalanya tinggal sejarah dan  aku bujang berhias kembali.


Ingin bebas dari gangguan Mr. Procrastination?

Ikuti tips ini.

1. Keutamaan dan tersusun
    Basuh kain, jemur kain, angkat kain, siapkan tugasan,  ketuk lipas, buat jadual dan follow!

2. Tekanan dari orang lain
    Letak pensyarah thesis academic writing final year degree disisi.*Trusted brand and highly recommended*

3. Beri reward kepada diri sendiri
    Tahniah. Kucing scottish fold utk anda.


Tamat.






Thursday, 17 December 2015

TIPS: Contoh soalan temuduga masscomm UiTM

Tahun 2009. Peh, dia punya throwback zaman  gadis hipster baru berjinak-jinak dgn tudung Fareeda.


Jadi dengan berbekalkan pengalaman sekecil buah bidara separuh masak, aku berbesar hati ingin berkongsi tips dan trick temuduga masscomm. kalau hendak dibukukan dibawah terbitan Oxford Fajar, boleh juga dapat RM 12.90 mengikut harga downtown.

1. Pengenalan diri

Waktu ini kalau tak lancar, memang layak dibuang keluarga. Nama, tempat tinggal, umur, sekolah, hobi, kelebihan diri, nama anak kucing etc.

Trick: Hafal.

2. Current issue

Bacalah online news,Oh Media, Awani, Siakap Keli, Ana Ikan Patin House.

Trick: Viral.

3. Background Masscomm

Google latar belakang course.

Trick: Just chill and enjoy  Lendu's.


Love,
Farra.

Wednesday, 16 December 2015

TIPS: Blog yang cantik

Hi everyone. Okey. Hi no one.

Sudah hampir 3 tahun aku tidak mengemaskini blog. Username? password? usah ditanya, rasa macam menjawab soalan esei matematik tambahan kertas 3 saja. Entah apa cerita follower aku yang yang 14 orang tu. Masih ada ke tidak.

Ah, mereka bukan boleh kira,

tinggal sekejap..kahwin!

tinggal sekejap...ada anak!

Ini aku tinggal 3 tahun, dah bercuti bersama cucu di Cameron Highland gamaknya!


Jadi sudah tiba masanya aku membuka lembaran baru.  Alhamdulillah berkat restu emak yang   menyediakan ikan bawal masak tauchu untuk hidangan makan malam tadi lalu terciptalah blog baru ini.Untuk create blog aku perlu buat email baru dahulu. Leceh. ya! memang astafirullahalazim leceh dia. Namun cabaran picisan ini aku lalui dengan penuh sabar serta penuh sifat keibuan.

Selesai mendaftar account blog, aku perlu customize blog pula. Part ini aku dihalalkan untuk memaki hamun secara meditasi. Manalah aku creative bab ini! Sewaktu masih bergelar mahasiswi unggul UiTM Shah Alam pun aku mengambil masa satu semester untuk menyiapkan design. Itu belum campur lagi tersilap theme sehingga tercetusnya sketsa air mata aku,dia dan lecturer.

 It to me a million years  to settle this!

Itu dia sampai speaking english nazi, memang sukar rajinikanth habaq mari. Bermula dari permilihan background, tema dan colour perlu aku perhalusi. Pilih font pun macam nak pilih  durian musang king atau 24 gred D. 

last-last tema cili. (-_-)''

Love,
Farra.