Followers

Wednesday, 16 December 2015

TIPS: Blog yang cantik

Hi everyone. Okey. Hi no one.

Sudah hampir 3 tahun aku tidak mengemaskini blog. Username? password? usah ditanya, rasa macam menjawab soalan esei matematik tambahan kertas 3 saja. Entah apa cerita follower aku yang yang 14 orang tu. Masih ada ke tidak.

Ah, mereka bukan boleh kira,

tinggal sekejap..kahwin!

tinggal sekejap...ada anak!

Ini aku tinggal 3 tahun, dah bercuti bersama cucu di Cameron Highland gamaknya!


Jadi sudah tiba masanya aku membuka lembaran baru.  Alhamdulillah berkat restu emak yang   menyediakan ikan bawal masak tauchu untuk hidangan makan malam tadi lalu terciptalah blog baru ini.Untuk create blog aku perlu buat email baru dahulu. Leceh. ya! memang astafirullahalazim leceh dia. Namun cabaran picisan ini aku lalui dengan penuh sabar serta penuh sifat keibuan.

Selesai mendaftar account blog, aku perlu customize blog pula. Part ini aku dihalalkan untuk memaki hamun secara meditasi. Manalah aku creative bab ini! Sewaktu masih bergelar mahasiswi unggul UiTM Shah Alam pun aku mengambil masa satu semester untuk menyiapkan design. Itu belum campur lagi tersilap theme sehingga tercetusnya sketsa air mata aku,dia dan lecturer.

 It to me a million years  to settle this!

Itu dia sampai speaking english nazi, memang sukar rajinikanth habaq mari. Bermula dari permilihan background, tema dan colour perlu aku perhalusi. Pilih font pun macam nak pilih  durian musang king atau 24 gred D. 

last-last tema cili. (-_-)''

Love,
Farra.

No comments:

Post a Comment